Hubungi Kami : +603 55237736
Alamat Kami :

No 20A Jalan Badminton 13/29 Tadisma Business Park, Seksyen 13 40100 Shah Alam Selangor

Isnin - Jumaat ( 9 AM - 5 PM )

5 perkara yang perlu diambil perhatian oleh pembeli yang ingin membeli rumah

1) Pastikan pinjaman tiada masalah

– Pembeli perlu memastikan rekod peribadi dalam dalam keadaan yang cantik. Cantik di sini bermaksud tiada tunggakan dan tindakan dari pihak bank. Anda juga boleh menyemak kelayakan loan di cawangan bank berhampiran untuk memastikan anda layak memohon jumlah pinjaman yang diinginkan.

2) Sediakan wang deposit

– Kebiasaan pihak bank hanya meluluskan pinjaman 90% dari harga rumah melainkan pihak penjual bersetuju menurunkan harga jual dan pembeli boleh mark up pinjaman. Untuk lebih berhati-hati dan sebagai langkah selamat, 10% deposit perlu disediakan oleh pembeli.

3) Lantik peguam

– Peranan peguam amat penting dalam jual beli hartanah. Jika pengetahuan pembeli minimum tentang urusan jual beli, sebaik-baiknya melantik peguam yang biasa berurusan. Anda juga perlu sediakan yuran guaman, duty stamp, carian dan lain-lain lagi.

4) Harga rumah / budget

– Ramai pembeli tidak menyemak dulu kelayakan pinjaman sebelum melawat rumah yang ingin dibeli. Sebaik-baiknya, anda perlu sesuaikan harga dengan kelayakan pinjaman supaya pemilihan rumah itu tepat dan menjimatkan masa dan tenaga.

5) Semak harga semasa hartanah

– Kriteria yang paling penting dalam membeli hartanah adalah menyemak harga semasa hartanah dengan pihak ejen, bank atau penilai. Pembeli yang membeli rumah di atas paras harga semasa dikehendaki menyediakan wang ekstra iaitu perbezaan harga semasa dan harga beli. Ini sebenarnya merugikan pembeli.